AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Membuat Tangan Robotik pada 24hb November 2023, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang. Seramai 11 orang peserta telah mengikuti aktiviti ini iaitu dari golongan dewasa dan kanak-kanak. Aktiviti dimulai dengan penerangan berkaitan dengan kaedah untuk membuat tangan robotik dan bahan-bahan yang diperlukan ketika membuat tangan robotik.
TUJUAN
Antara objektif utama Aktiviti STEM: Membuat Tangan Robotik ialah untuk membantu komuniti yang terlibat agar dapat meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk.